DANA
ZAKAT BIAYAI KELAS AGAMA PETANG
|

Seremban
5 Febuari 2008 - Kelas Agama Petang atau dikenali sebagai
KAP telah diperkenalkan di Negeri Sembilan sejak tahun 2005.
Ia juga telah mendapat kebenaran dari Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah kebangsaan.
Segala kos termasuk
bayaran gaji tenaga pengajar, buku teks, kelengkapan pengajaran
adalah dari peruntukan dana zakat selain ditampung dengan
yuran bulanan RM5 yang dibayar ibu bapa murid. Pengggunaan
wang zakat bagi membiayai KAP adalah atas dasar untuk memberi
didikan ilmu agama yang mencukupi bagi modal insan berguna.
MAINS, melalui dana
zakat juga telah menganggarkan perbelanjaan tahunan pertama
KAP adalah sebanyak RM 5.7 juta. Sasaran utama KAP adalah
murid-murid Islam dari tahun 1 hingga 5 yang bersekolah di
sekolah kebangsaan.
Tujuan utama kerajaan
negeri mengadakan KAP adalah untuk memberi penekanan kepada
pendidikan agama, terutama kepada generasi muda supaya mereka
mempunyai asas agama yang kukuh bagi menghadapi cabaran lebih
besar pada masa depan.
Kesimpulannya, dengan
bantuan dana zakat kelas agama petang ini akan menjadi pemangkin
kepada generasi akan datang agar berakhlak mulia dan berbudi
pekerti.

YAB Menteri Besar Negeri Sembilan menatap
buku teks Sekolah Agama Petang.

Melahirkan
asas agama yang kukuh untuk
generasi akan datang.
Lain-Lain
Arkib Berita
|