Arkib Berita Arkib Agihan Akhbar Soalan Tazkirah Rangkaian Lain Isi Kandungan Seremban Kuala Pilah Port Dickson Jempol Jelebu Rembau Tampin Gemas Nilai Koleksi Jejak Asnaf Koleksi Web Radio Khutbah Jumaat
Sejarah Penubuhan Konsep Penubuhan Objektif Strategi Budaya Kerja Visi & Misi Bahagian/Unit Carta Organisasi Peta Lokasi Pengenalan Jenis Zakat SPZB Zakat Dan Cukai Kalkulator Zakat Cara Kira Zakat Amalan Berzakat Cara Pembayaran Operasi Sampai Ops Rakan Niaga Pameran Zakat Taklimat Zakat Slot Info Zakat Khutbah Jumaat Kuliah Zakat Operasi Akhbar Operasi Tol Operasi Viper ZaKAD Tahun 2000 Tahun 2001 Tahun 2002 Tahun 2003 Tahun 2004 Tahun 2005 Tahun 2006 Tahun 2007 Seremban Kuala Pilah Port Dickson Jempol Jelebu Rembau Tampin Gemas Nilai
Berzakat menyuburkan dan mengembangkan harta pembayar zakat. Firman Allah SWT : "Bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya ke jalan Allah, ialah sama seperti benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, yang mengandungi seratus biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang menghendakinya." (Al-Baqarah, 261)
Kadar Nisab Zakat Harta Untuk Negeri Sembilan Bagi Tahun 1430H adalah
RM 7,909.03
Borang Zakat SPZB Versi .pdf
Borang Zakat SPZB Versi .xls
Powered by Squirrel Mail
(ver 1.5.1)
Username
:
Password
:

PZNS Mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008
     
 
RM31.1 JUTA DIAGIHKAN PADA 2007

    11 Mac 2008, Seremban – Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) komited dalam melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat dalam menguruskan dana zakat yang menjadi pemangkin kepada sosio ekonomi ummah.

    Pelbagai usaha dilakukan untuk meningkatkan kesedaran berzakat dan hasilnya kutipan zakat kian meningkat dari tahun ke tahun . Bagi tahun 2007 sebanyak RM 31.1 juta telah disalurkan kepada golongan asnaf di Negeri Sembilan. Keseluruhan dana tersebut telah diagihkan kepada golongan asnaf bagi memenuhi keperluan serta maslahat ummah dan dapat meringankan beban yang ditanggung dari golongan yang memerlukan.

    Seramai 1,632 orang asnaf fakir menerima bantuan kewangan manakala asnaf miskin seramai 3,286 orang. Asnaf fakir dan miskin menerima peruntukan yang paling tinggi iaitu RM 10.6 juta, Riqab RM 8.2 juta, Fisabilillah RM 5.5 juta, Amil RM 3.3 juta, Muallaf RM 1.9 juta, Gharimin RM 1.07 juta dan Ibnusabil RM 237,131.00. Daerah Kuala Pilah menerima bantuan fakir dan miskin yang paling ramai iaitu 1,546 orang, diikuti Rembau 856 orang, Seremban 800 orang, Jelebu 548, Tampin 452, Jempol 320 orang dan Port Dickson 320 orang. Seramai 3,742 orang golongan anak yatim (kategori miskin) juga tidak diabaikan dan menerima peruntukan dari segi kewangan.

    Agihan zakat tidak hanya tertumpu pada golongan fakir dan miskin sahaja, aspek-aspek lain juga diberikan penekanan dan perhatian seperti pendidikan dan perubatan. Dana Zakat telah diperuntukan untuk membiayai Kelas Agama Petang (KAF) bertujuan memastikan pelajar mendapat didikan agama yang sempurna. Sebanyak 383 buah pertubuhan dan organisasi diberikan bantuan untuk melaksanakan aktiviti - aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan. Manakala 362 institusi pendidikan telah mendapat bantuan kewangan untuk melaksanakan program program pembangunan insan. Individu-individu yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi juga tidak diabaikan. Seramai 3,018 orang menerima bantuan kebajikan pendidikan, 2,112 orang menerima bantuan persekolahan , manakala 1,899 orang bagi bantuan pembiayaan ke IPTS / IPTA . Bagi golongan yang di timpa musibah seperti mengidap penyakit kritikal akan diberi bantuan perubatan . Seramai 941 orang telah menerima bantuan perubatan tahun lalu. Semoga zakat yang ditunaikan menjana ekonomi ummah dan membela nasib saudara kita yang memerlukan .

    Statistik agihan dana zakat pada tahun 2007.

Asnaf
Jumlah (RM)
FAKIR DAN MISKIN
10,697,359.85
MUALLAF
1,995,800.54
RIQAB
8,256,140.32
FISIBILLILLAH
5,590,644.34
AMIL
3,340,913.37
GHARIMIN
1,074,182.66
IBNU SABIL
237,131.00
JUMLAH  
31,192,172.08


Agihan untuk fakir dan miskin di Masjid Kampung
Lada Rembau. Ust. Haji Nor Azamir, Pegawai
Agama Islam menghulurkan sumbangan.


Siasatan rumah ke rumah sentiasa dilakukan oleh
Pegawai Baitulmal untuk memastikan golongan
fakir dan miskin terbela.


Merenung nasib...En. Anuar bin Zubir menerima
bantuan perubatan untuk pembedahan fistular
dan hemodialisis.


Ringankan bebanan. Menghulurkan bantuan
perubatan bagi pesakit kronik.


En. Azman bin Yusri mengalami kemalangan
jalan raya dan mengakibatkan beliau lumpuh
anggota badan. Beliau menerima bantuan
berbentuk kewangan dan perubatan.


Berdikari. Pegawai Baitulmal sedang melawat
asnaf yang diberikan modal memulakan
perniagaan.

Lain-Lain Arkib Berita

 
     
Paparan menarik dengan Internet explorer 4 ke atas, dan paling sesuai dilayari dengan menggunakan Window XP serta resolution 800x600 pixels
::Hak Cipta Terpelihara © Bahagian IT Pusat Zakat Negeri Sembilan::