64
SEKOLAH TERIMA ZAKAT RM4,000 SEHINGGA RM9,000
|

Suasana
di majlis Bantuan Zakat 2007
07
September 2007, Seremban – Majlis Agama Islam Negeri
Sembilan (MAINS) akan menguruskan penyampaian bantuan perkapita
2007 kepada sekolah agama rakyat di Negeri Sembilan. Sejumlah
RM313,000.00 dari peruntukan Dana Zakat dikeluarkan untuk
bantuan kepada 64 buah sekolah agama rakyat dari seluruh Negeri
Sembilan. Setiap sekolah akan menerima antara RM4,000.00 ke
RM9,000.00 bergantung kepada bilangan pelajar.
Penyampaian bantuan
ini juga adalah bagi membantu mengurangkan beban kewangan
sekolah-sekolah berkenaan dan mencerminkan hasrat MAINS agar
sekolah-sekolah agama rakyat akan terus beroperasi dengan
baik dalam usaha menyediakan kemudahan pembelajaran ilmu agama
kepada anak bangsa kita.
Pemberian bantuan
tahunan masjid dan saguhati jawatankuasa serta bantuan sekolah
agama rakyat ini akan diteruskan pada masa hadapan dan mungkin
dalam jumlah yang lebih besar, selaras dengan peningkatan
kutipan zakat pada setiap tahun.
Lain-Lain
Arkib Berita
|